Membeli barang secara atas talian memang mudah dan menyeronokkan. Namun ada masanya, kita tiada di rumah untuk menerima parcel yang dihantar oleh pekerja penghantaran. Ini antara situasi yang biasa dilalui oleh mereka yang selalu membeli barang secara atas talian ini.
Tetapi baru-baru ini, sebuah video tular di Tik Tok apabila seekor kucing menjadi ‘wakil’ kepada tuannya untuk menerima parcel. Gelagat lucu dari kucing tersebut turut menjadi bualan ramai dan membuatkan ramai terhibur melihatnya.
Menerusi video yang dikongsikan ini, pekerja penghantaran itu dilihat memegang sebuah parcel yang perlu dihantar kepada pelanggannya. Dalam masa yang sama, kelihatan seekor kucing berwarna oren atau lebih popular dipanggil oyen sedang duduk di tepi tingkap.
@_asrulj oyen ambik parcel ☺️☺️ #abcxyz #sabahancrew_fams #rwyfb #foryourpage #foryou #fypシ #fyp
Memandangkan tiada sesiapa di rumah pada ketika itu, si oyen telah menjadi wakil kepada pemiliknya untuk menerima parcel tersebut. Pekerja penghantaran itu kemudian menyerahkan parcel tersebut kepada oyen yang turut sama menyambutnya. Situasi ini turut membuatkan netizen terhibur apabila kucing tersebut seakan-akan tahu apa yang perlu dilakukan.
Reaksi lucu dari kucing tersebut yang bersungguh-sungguh menyambut parcel itu turut membuatkan ramai berdekah melihatnya. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur dan berseloroh mungkin juga kucing itu sudah biasa menjadi penerima parcel di rumahnya itu.
“Oyen ni ada jual kat shopee tak. Nak cari satu lah buat terima parcel kat rumah.”
“Awak silap, memang dia lah tuan rumah. Yang lagi sorang tu bibik je.”
“Comey je tangan dia terkuil kuil ambik parcel.”
“Pandai pulak dia nak ambik.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Netizen Geram Lelaki Menunjuk Isi Minyak Sampai Melimpah, “Menyusahkan…”
Kumpul Duit ‘Tip’ Dari Pelanggan, ‘Rider’ Belikan Hadiah Hari Jadi Buat Ramai Terharu
Kecoh Isu Video Noh Salleh Tular, Netizen Dakwa Ada Pihak Cuba Sabotaj?