Drama Risik Pada Hati lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya dan ramai lagi sudah pun tamat pada minggu lalu. Sebuah drama berkisarkan tentang hati seorang isteri yang teringin melihat suaminya bahagia dengan kehadiran cahayamata.
Akhirnya memilih untuk bermadu dan mengorbankan perasaannya demi kebahagiaan si suami. Drama ini memaparkan Hayfa lakonan Ummi Nazeera dan Adam dibintangi oleh Alif Satar. Zara Zya pula sebagai Aishah yang juga isteri kedua.
Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Alif Satar di balik tabir drama ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut dipaparkan Alif Satar bersama Zara Zya di dapur.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat Alif yang membuat muka kelakar dan Zara Zya yang tertawa sakan. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:
@ajuahmad_ Rase2 scene yg mna 🤠#risikpadahati #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral
Rakaman gelagat Alif Satar di balik tabir ini mengundang tawa ramai. Lah..tak sangka drama ini agak serius rupanya di balik tabir memang lain sungguh! Perkongsian menerusi akaun TikTok dengan nama akaun ajuahmad_ ini telah meraih lebih 173 ribu tontonan dan 4,000 likes.
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur menyaksikan keletah pelakon dari drama Risik Pada Hati ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan tersebut:
“Kalo hantar gambar ngan muka macam tu kat Hayfa..Orang yang cemburu tak jadi cemburu. Tapi ghisau”
“Kelakar dengar Zara gelak”
“Adui lawak la 10 kali ulang dah ni. Nak tergelak tengok Zara gelak”
“Ulang2 tengok, aduh kelakar”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Nyanyian Lagu Nasyid Oleh Namie, “Abis Dikokah Story Hidup Abe Namie”
Gara-Gara Isu Poligami Dalam Drama, Suami Kena Dengar Isteri Bebel!
Sorakan Penyokong Malaysia Di Live Badminton, “Cukup Dia Seorang Aura Lain Macam!”