Kehidupan ‘mewah’ Hidayah dipersoal buat ramai tampil bidas, “Org jual nasi lemak pun kaya…”

Sponsored

Terdahulu, ramai tumpang bahagia melihatkan kejayaan Nor Hidayah iaitu isteri kepada Allahyarham Abam Bocey yang berjaya dalam bidang perniagaan. Meskipun bergelar ibu tunggal, ia tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus berjaya.

Lebih manisnya Nor Hidayah berkat perniagaannya dalam memiliki produk kecantikan dan menjual cempedak, dia berjaya memiliki sebuah kereta jenis Toyota Vellfire.

Sponsored

Namun begitu, ternyata dalam pada tular kisah kejayaan Nor Hidayah ada pula satu berita nampaknya ada yang mempersoalkan kehidupan ‘mewah’ Nor Hidayah apatah lagi sehingga dia mampu memiliki kereta tersebut.

Berita terbabit bagaimanapun turut menarik perhatian seorang pengguna di TikTok yang mana dia merasakan tidak mustahil untuk Nor Hidayah jika berniaga dengan sistem yang tepat dalam bidang perniagaan.

Sponsored
@dzul_ikram91

Ada kenal mak cik nasi lemak, pakai vellfire jugak. kalau meniaga ada ilmu, xde ap yg mustahil #financialliteracy #fyp #financialtiktok #financialtiktok

♬ original sound – bigboss – bigboss

Perkongsian tersebut bagaimanapun turut membuatkan ramai tampil bidas tentang persoalan kehidupan Nor Hidayah itu yang mana sebenarnya ia tidak mustahil jika dilakukan dengan sistem yang tepat dan pandai mengurus.

‘Betul tu, buat ssm buat slip gaji buat akaun company memang boleh apply macam-macam. Beza orang ada ilmu dengan takdak ilmu’

Sponsored

‘Orang jual nasi lemak pun kaya’

‘Sistem yang tepat tu kena ada, kau bisnes lepas tu account personal, memang tak lepas la loan kau’

‘Saya ada jumpa orang jual burger je, tapi kewangan dia. MasyaAllah, sebab dia pandai manage kewangan dia, mana keperluan dan mana kehendak’