Popular Di Tiktok, Wan Chai Berlakon Telefilem Digelar Sarip Dol Moden

Sponsored

Lelaki dikenali dengan nama Wan Chai ini cukup popular menerusi platform TikTok. Juga merupakan rakan baik kepada TikTokers, Ryan Bakery, Wan Chai pernah muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan sitkom Sepahtu Reunion yang ditayangkan di Astro.

Rajin menghasilkan konten menarik untuk menghiburkan pengguna platform tersebut, baru-baru ini kemunculan Wan Chai berlakon telefilem telah menjadi perhatian ramai.

Sponsored

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna aplikasi TikTok, dipaparkan satu babak lakonan Wan Chai dan rakan-rakan. Memegang karakter samseng kampung, nampaknya babak lakonan oleh lelaki ini cukup menjadi.

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan Wan Chai berlakon telefilem yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun Shahirwan94:

Sponsored

Tak sangka Wan Chai ada bakat berlakon! Memang nampak sesuai sungguh karakter tersebut buat dirinya. Perkongsian rakaman itu telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 33 ribu likes.

Difahamkan telefilem yang dibintangi oleh Wan Chai ini berjudul Dendam Hantu Latah yang disiarkan di Astro. Di ruangan komen rata-rata warganet memuji hasil lakonan Wan Chai dalam telefilem ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

Sponsored

“Hahaha aku tengok cite ni gelak2 weii. Semua yang viral kat TikTok dia keluarkan kat dalam cite ni. Nak2 buat kempeng ngundi”

“Sarip Dol moden wooo”

“Wan Chai aduh bagi… dalam citer pun kena reject ke”

“Wan Chai ni kalau tengok dia berlakon, bagi aku Wan Chai layak berlakon kat TV ni”

SumberTikTok