“Duit habis, sakit hati”- 2x kena tipu, Wafariena akhirnya miliki kereta Honda

Sponsored

Pelakon, Wafariena menarik perhatian peminat dan warganet apabila dia berkongsikan saat gembira satu pencapaian terbaharu yang diperolehnya. Wafariena merupakan selebriti yang semakin mendapat perhatian dalam dunia lakonan, penangannya membawa watak sebagai Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 berjaya melonjakkan lagi namanya.

Wafariena menerusi Instagram peribadinya bagaimanapun berkongsikan pula satu pencapaian terbaharu diperolehnya yang mana pada kali ini dia berjaya memiliki sebuah kereta berjenama Honda.

Sponsored

Wafariena meluahkan rasa syukurnya kerana berjaya memiliki sebuah kereta dan dia juga berterima kasih kepada ibunya yang mana Wafariena sering dipuji kerana mendahulukan ibunya.

“Alhamdulillah new achievement unlocked. Terima kasih ya Allah atas pinjaman mu. Terima kasih telah memudahkan segalanya buat Wafa. Terima kasih buat ibu sentiasa doa yang terbaik untuk Wafa.” Katanya.

Sponsored

Wafariena bagaimanapun sempat berkongsikan dia telah dua kali ditipu menyebabkan duitnya habis dan sakit hati, jadi dia mengambil kesempatan itu untuk berterima kasih dengan pihak terlibat membantunya.

“Terima kasih abang adynawari yang telah berusaha sehabis mampu dari A sampai Z. Im speechless, taknak cakap banyak dalam caption, tengok la video sampai habis.” Ujarnya lagi yang turut merasa speechless.

Sponsored

Azhan Rani juga ucap tahniah

Wafariena

“Sentiasa muliakan ibumu, insyaAllah tiada yang mustahil”

“Ala dahla cantik, pakai H pulak”

Wafariena

“Wafa ni antara wanita tercantik, bentuk muka dia. Dagu dia, haih elok”