Perempuan Berhijab Rela Dipeluk Afgan Dikecam Netizen, “Murah Sangat, Kau Ada Maruah Kan…”

Sponsored

Baru-baru ini, penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Afgan telah melakukan sebuah konsert di Kuala Lumpur. Konsert Afgan Evolution Live in Kuala Lumpur berlangsung di Dewan Plenary Hall KLCC dan dihadiri oleh ribuan peminatnya di Malaysia.

Namun di sebalik kemeriahan konsert tersebut, tular pula satu video yang membuatkan ramai ‘panas’ melihatnya apabila seorang peminat berhijab rela dipeluk oleh Afgan semasa konsert berlangsung.

Sponsored

Menerusi video yang kini tular itu, Afgan dilihat menghampiri peminat wanita tersebut yang kebetulan menyambut sambutan ulang tahun kelahiran pada hari itu. Penyanyi itu kemudian turut menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ untuk peminatnya ini sebagai kejutan.

Selain dari memegang tangan wanita terbabit, Afgan turut memeluk peminat wanita itu sekaligus membuatkan seluruh dewan bersorak. Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen ialah reaksi dari wanita berhijab itu yang seolah-olah rela dipeluk oleh Afgan malah tidak menolaknya.

Sponsored
Reaksi netizen

Meninjau di ruangan komen, gelagat peminat wanita ini telah menerima kecaman hebat dari netizen yang mengutuk tindakannya itu. Dalam masa yang sama, ramai yang menegur penyanyi Indonesia itu untuk menghormati adat dan budaya di Malaysia yang jauh berbeza dengan negaranya.

“Murah sangat, kot ye pun si Afgan tu beria mintak peluk, kau ada maruah kan tolak je secara baik…”

Sponsored

“Usah lah obses sangat.”

“Tak tau budaya dan adat Malaysia jangan masuk negara orang. Hormat la weh.”

Sekadar info, Konsert Afgan Evolution Live in Kuala Lumpur berlangsung pada 17 Disember lalu di mana penyanyi itu mempersembahkan 20 buah lagu hits miliknya. Konsert itu juga turut dihadiri beberapa selebriti tanah air antaranya Datuk Sheila Majid yang sempat mendendangkan lagunya, Ku Mohon bersama Afgan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram