Telefon Bimbit Hilang Di London, Rozita Che Wan Dedah Taktik Penyeluk Saku, “Pura-Pura Nak Beli Baju Tapi…”

Sponsored

Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan baru-baru ini berkongsikan momen semasa dia bercuti di luar negara untuk tatapan peminatnya. Namun Che Ta turut mengejutkan ramai apabila memaklumkan telefon bimbitnya hilang di London gara-gara dicuri oleh penyeluk saku.

Menurutnya, telefon bimbit miliknya hilang dicuri ketika berada di Kota London semasa dia sedang bercuti. Pada awalnya, dia tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku padanya kerana dia sudah berhati-hati dan menjaga barangan peribadinya kerana tahu tentang sindiket penyeluk saku di sana.

Sponsored

Oleh kerana ramai yang telah menjadi mangsa, Che Ta tidak terlupa untuk sentiasa berjaga-jaga dengan kehadiran penyeluk saku namun kali ini nasib tidak menyebelahinya. Difahamkan, kejadian itu berlaku semasa pelakon wanita ini sedang membeli belah di sebuah butik pakaian.

“Saya letak telefon saya dalam poket baju berzip sambil melihat koleksi pakaian yang ada pada butik. Semasa saya nak ambil gambar baju di dalam butik tersebut, baru saya sedar telefon dah tak ada.”

Sponsored

Tambahnya, dia kemudian terus membuat aduan kepada pihak sekuriti namun mereka memaklumkan kejadian itu sudah selalu berlaku di sana. Malah pihak sekuriti juga turut berkongsikan gambar muka-muka penyeluk saku yang melakukan sindiket itu.

Taktik penyeluk saku

Che Ta memberitahu cara penyeluk saku melakukan kerja mereka juga sangat profesional sehingga dia langsung tidak sedar bagaimana ia berlaku. Jelas pelakon itu lagi, kegiatan mereka ini boleh dikatakan hari-hari berlaku di sana dan ada sahaja yang akan menjadi mangsa mereka.

Sponsored

“Cara mereka memang profesional. Mereka pura-pura macam nak beli baju dan kepung kita tapi ada yang tali begnya dipotong tanpa disedari. Pendek kata memang hari-hari ada saja mangsa penyeluk saku.”

Difahamkan, pelakon itu terpaksa hidup tanpa telefon bimbit selama 10 hari di sana gara-gara kejadian tersebut. Che Ta turut memaklumkan telefonnya itu dianggap sebagai diari bergerak kerana menyimpan pelbagai maklumat termasuklah jadual penggambaran, tarikh mesyuarat, perjanjian komitmen dan sebagainya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbermstar