Video Aedy Ashraf ‘henyak’ Hafidz Roshdi tular, “Haha memahami perasaan netizen sangat ni”

Sponsored

Lewat petang semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penceraian pelakon Hafidz Roshdi dengan isterinya, Shuhada. Sebelum ini kisah rumahtangga pasangan ini telah meraih perhatian ramai selepas ada dakwaan Hafidz Roshdi curang.

Setelah beberapa ‘episod’, akhirnya hubungan mereka berakhir dengan penceraian. Menurut Shuhada, pengesahan lafaz cerai itu akan dibuat pada Mac nanti. Susulan dengan kekecohan ini, pelakon dikenali memuat naik satu video yang turut menjadi perhatian warganet.

Sponsored

Manakan tidak sedang para netizen berang dengan keputusan dan tindakan pelakon ini, video Aedy Ashraf ‘henyak’ Hafidz Roshdi pula dimuat naik olehnya. Malah perkongsian video itu turut membuatkan netizen kaitkan emosi mereka dengan apa yang berlaku dalam rumahtangga Hafidz Roshdi kini.

Dalam perkongsian tersebut kelihatan dua pelakon lelaki ini sedang ‘bergasak’ di dalam gelanggang dan Hafidz Roshdi ditumbuk berkali-kali oleh Aedy Ashraf. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Twitter Aedy:

Sponsored

Sempat juga Aedy Ashraf menulis kapsyen, “mana yang geram tu tengok puas2”. Disebabkan perkongsian video Aedy Ashraf henyak Hafidz Roshdi ini ramai yang meninggalkan reaksi mereka dengan rata-ratanya akui puas menyaksikannya.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video Aedy Ashraf henyak Hafidz Roshdi ini:

Sponsored

“Fight lagi la dy, bagi pecah mulut dan gigi mamat ty. Biar tak leh cakap terus”

“Hahaha!! Tengok banyak kali dah. Since news about him ada scandal kuar. Tapi tak puas hati jugak. He needs more punches!!”

“Terbaik la DY, dalam baik ko sindir blik dia Dy..Patut haritu ko henyak dia sampai lunyao, baru dia ada akal sikit. Tq Dy, sebab memahami perasaan netizen”